Tuesday, November 22, 2011

Dimanakah ADAM kuh ?

Dah banyak benda aku pelajari bilamasa terjerumus dalam alam pekerjaan.
Sendiri aku mengemudi hidup, asal tahu yang mana baik & buruk untuk hidup sendiri
itu sudah cukup menyakinkan mak & ayah untuk aku bertahan sehingga ke hari ini
....hidup sendirian diperantauan tanpa teman.

Tapi soalnya sampai bila ? Soalan ini sering diajukan oleh aku sendiri. Haha
Sahabat lain, agak ramai yang sudah membina mahligai masing masing.
Yang jadi tak keruannya, bila mak pulak dah tanya aku soalan yang sama. Lagi haruuuuu
dunia dibuatnya. Haha

" Mak, bukan org tak nak kawin awal-awal, tapi belum ketemuan jodohnya.
Insyaallah, dah tiba masa - dah bertemu dengan seseorang yang org yakin dia mampu
membimbimg org - sebagai ketua keluarga - juga sebagai sahabat karib & Insyaallah juga,
teman buatku didunia hingga akhirat sana kelak , takkan org lengah lengahkan untuk
memberitahu mak yang " Mak aku mahu kawin " . Haha

Nah, saat itu...akan terjawab lah persoalan mak. Sekarang org belum dapat bagi jawapannya,
sebab org masih lagi tercari cari,
Ohh...dimanakah ADAM kuh. heh
Kiri Kanan sudah ku cari...
Depan Belakang juga sudah kutoleh...
Masih belum berjumpa.

Sebaiknya aku serahkan segala ketentuannya pada yang berhak,
Kerana aku percaya Allah ciptakan manusia itu berpasang-pasangan.
Moga aku dipertemukan jodoh yang sebaiknya, Amin.

Thursday, August 4, 2011

Off day yang enjoy .

Mana tak enjoy nya dapat menjelajah keliling Mid Valley. Puas !
Bangun pagi, terus siap siap nak ke MV, ada aktivitis ! :)
But before that.. sempat lagi mamam dulu, sebab i off puasa jugak. gheeehe !
Malam tadi dah masak ikan goreng sambal. Layan !

Aktivitis hari ini, tengok 2 movie ; Mr Popper's & Lulla Man. Agak satisfy with Mr Popper's story,funny! I loike it, you know right. ghehheee ... but Lulla Man, ishh ! tak suka aah . nak tahu cerita dia macam mana ? Kena lah tengok sendiri. :P

Friday, July 15, 2011

Kepulanganku, dirumah.

*aku tarik nafas panjang panjang sebelum menaip entry baru di blog. Bismillahhirrohmannirrohim.

Minggu lepas aku balik rumah di Serting. Minggu ni pun rasa macam nak balik jee. Kalau lah aku ada PINTU MAGIK DOREMON, hari hari aku balik. Bukak pintu kedai tempat kerja, balik masuk pintu depan rumah aku kat Serting nun. Whaaaha ! Sesape ade magic power macam tu tak ? Please teach me ! Hahaaa...

Masa aku balik 8hb tu, mak cakap ayah risau aku kat sini, ayah nak aku balik 8hb gak.. mak pulak bagitahu ayah aku balik 9hb, heh.. So, meaning aku balik on the right time laa... :) Kate mak, mak asyek ingat 9hb je...tu yang mak bagitahu ayah aku balik 9hb. adeiii ! Ayah tak bagi aku balik 9hb, sebab kan heboh pasal BERSIH YANG KOTOR tu nak buat perhimpunan. Hish ! Aku memang tak ambil port langsung pasal kejadah tu. Mengarut semata-mata.

Aku cuti 3 hari tapi macam 1 hari je aku kat sana. Pejam celik pejam celik, esok dah nak kena pecut balik KL balik. Sigh ! :(

Niat di hati nak pergi rumah kawan bertunang, Etot. Tapi rumah dia aku dah lupa dekat mana, contact number pon tak ada. So, aku duduk molek je la kat rumah hari Sabtu tu, melayan saluran saluran di ASTRO.

Petang tu pulak, mak ajak aku ziarah kubur Allahyarham Along. Kata mak, mak pun dah lama tak ziarah, sebab Ella asyik sibuk je, balik sekolah pun dah petang. Tak sempat nak pergi ziarah. Aku ajak Ella pergi sekali, dia kata pergi dulu, nanti dia datang. Ceh, tidor tak ingat dunia. Penat sangat sebab baru balik dari Camp.

Sampai di kawasan kubur, aku terlajak pulak park motor. Aku bagi salam dalam hati. Cari punya cari kubur Along, aku tak berapa nak dapat cam lokasi nya, sebab dah banyak kubur baru. Aku telek satu persatu, then...baru lah jumpa. Mak bawak gunting. nak cantas tumbuhan meliar kat atas kubur Along. Kata orang, biarkan tumbuhan tu hidup sebab tumbuhan tersebut berzikir buat si penghuni kubur. Sebab tu mak cantas je, bukan tarik. Ku hadiahkan Al-Fatihah, juga kata kata yang tak pernah aku luah ketika hayatnya masih ada, Along. Terima Kasih sebab menjadi abangku yang terbaik !

Mak menagis lagi. Aku tak tahu, untuk kali yang keberapa. Mungkin seribu kali? Aku tahu, Along anak kesayangan mak. Anak mak yang paling diharapkan. Aku harap aku boleh menjadi seperti Along, tapi mungkinkah aku bisa ? Aku biarkan mak menangis sebab aku tahu, mak sudah boleh mengawal kesedihannya. Aku tahu, mungkin lebih menggunung tinggi kerinduan mak terhadap along. Ya, aku tahu. Mak rindukan anaknya itu.

Aku singgah pula, di kubur Allahyarham Nur Qurratu' Aini. "Anak yang tidak punya dosa, yang pastinya di SYURGA lah tempatnya. "Mak Tih, rindukan Aini, sungguh ! " :(
Kami pulang, Along..Aini..Nanti kami datang lagi ye, Assalamuaalaikum.

Esoknya, sebelum aku berangkat pulang. Sempat lagi ayah sembelih itik. Apalagi. Rendang itiklah. :) Yummyy !

Sunday, June 12, 2011

Oh Mak, tulusnya hatimu.

4 hari lepas Abang ***g yang tak pernah pernah mesej aku, tiba tiba mesej aku, kot nak tanya khabar aku best la jugak kan. Ni lain pulak ceritanya, nak pinjam duit. Aku betul betul rasa berat hati nak bagi,

Aku call mak and bagitahu mak yang Abang ***g mintak duit. Mak cakap tak payah bagi, sebab abang tak berhenti lagi ambil kejadah HARAM tu. :( Sadly. Ok aku tak balas langsung mesej Abang ***g.

Esoknya, abang hantar lagi mesej suruh aku bank in kan duit terus ke account kawannya, yang juga aku kenal siapa. Aku refused to do so.
Aku buat derk je, balas mesej pun tidak.

Semalam lain pulak ceritanya, Mak sendiri yang bagi duit tu kat kawannya, kawan dia datang rumah. Cakap tak payah bagi, tapi kenapa mak bagi jugak ?

Mak, Orang bukan tak nak bagi kat abang duit, bukan tak nak tolong.
Tapi dia sendiri tak pernah nak tolong diri sendiri untuk berubah.
Orang ingat nak bagi pengajaran dekat dia.
Sampai bila mak nak suapkan dia apa yang dia nak.
Dia nak motor, mak belikan motor.

Sampaikan kawan dia perli dekat orang,
" Bos ade, apa apa mintak semua dapat, apa nak susah "
Mak tak tahu, sebab orang tak pernah cerita yang org berkawan dengan kawan abang.
Sedih org dengar bila kawan dia cakap macam tu.

Sepatutnya dia yang bagi mak duit.
Dia dah besar mak, bukan budak budak lagi.
Dia duduk sorang je kat Melaka tu, takkan tak dapat nak tampung diri sendiri ?
Orang sedih mak ! Kenapa abang tak pernah nak menyenangkan mak ?
Kenapa dia tak pernah nak berubah ?
Bila orang akan rasa ada abang semula ?

Bila Ella cakap tak payah bagi abang duit,
Mak cakap " ella tak faham ".
Makkk...buka kami tak faham, kami faham.
Mak tak sanggup tak penuhi permintaan anak anak mak,
Mak tak sanggup tengok abang tak ada duit nak makan.
tapi mak..itu pilihan dia, dia yang buat hidup dia jadi macam tu.
kalau kita tolong dia, tapi dia tak pernah nak berubah nak buat apa?
Dia senang macam tu, sebab kalau tak cukup apa apa,
Mak ada untuk bantu dia.
Mak mesti tolong dia, itu yang abang buat sekarang.

Bila kita nak bagi pengajaran dekat dia kalau kita sodokkan dia dengan kesenangan diatas kesusahan mak sendiri ?
Orang tak suka ada orang menyusahkan mak. Tolong lah faham mak. :((

Dia alongku, abangku.

Dalam sedar tak sedar,
Dalam angan dalam mimpi ,
Dah hampir 3 tahun Allahyarham alongku,
Meninggalkan kami sekeluarga.
Tapi yang pastinya,
Dia akan tetap sentiasa di hati kami.
Dia abangku yang banyak melayan kerenah aku
tika aku masih di bangku sekolah,
Dulu aku mahukan sepasang kasut sukan,
Keesokanya dia akan datang membawakan aku
Sepasang kasut sukan serta biskut kegemaranku..
Nah,betapa senang nya keinginanku dipenuhinya.
Terima kasih along!
Dulu, aku juga mahukan seseorang datang melawatku di asrama,
Dan esoknya pasti along akan datang melawatku,
Terima kasih along!
Aku sepertinya baru menyedari,
yang selama ini aku telah menyusahkan along
untuk menunaikan segala keinginanku..
Dan sehingga kini, aku masih terkilan
kerana aku tak dapat untuk membalas
segala jasa seorang abang untuk adiknya.
Along, terima kasih kerana menjadi abangku.
Hanya secebis doa dapat ku kirimkan buatmu disana.

" Long, kehilanganmu tiada gantinya. "


Al-Fatihah buat alongku, Allahyarham Mohd Hafidz bt Ismail.

Thursday, January 13, 2011

Kurang adab !

Betul ke saya ni kurang adap ? Hmm... itu pandangan orang terhadap saya. Mungkin betul saya kurang adap, tapi saya bukan sengaja nak biadap.
Sebab utama ; saya memang jenis kasar, dan bukan perempuan yang lemah lembut. Memang, saya tahu, seorang perempuan yang sempurna, haruslah lemah lembut, dan bukan lagaknya seperti saya yang agak kasar ini.

Mak saya pernah cakap " Kita orang Negeri Sembilan ni, memang agak kasar bahasa & tingkah laku nya, tapi bukan semua..ok? Sesetengah sahaja, & termasuklah saya dalam golongan tersebut. Saya tak boleh nak berlagak jadi lemah lembut, sebab azali nya saya, adalah saya. Saya tak boleh nak berlagak macam orang lain, sebab saya hanya boleh jadi diri saya. Noktah.

Saya memang "agak" menjengkelkan buat pertama kali bagi sesiapa yang mengenali saya, sebab saya sengaja buat macam tu, haha actually buat siapa yang tak pandai nak berkawan. Semua orang saya kawan, tapi kawan yang paling saya sayang, adalah.... DIARI saya. sebab dia teman yang setia, pendengar yang setia...walaupun tak dapat memberi respon kepada saya & paling penting tak akan bocorkan rahsia dimulut... :P heh ( diari ade mulut ke ? ). Yang lebih penting, saya akan rasa lega bila dapat berkongsi segala macam hal yang berlaku dalam hidup saya. Tq diarikuh !

Akhir sekali, permohonan IKHLAS SERIBU KEMAAFAN saya pohon kepada sesiapa yang pernah terasa hati dengan kata - kata saya yang kasar, tingkah laku saya yang kasar, segala gala perlakuan saya yang tak menyenangkan. Harap segala kesalahan saya & keterlanjuran kata saya dimaafkan. terima kasih.

~ Hajaa Ismail ~