Sunday, June 12, 2011

Dia alongku, abangku.

Dalam sedar tak sedar,
Dalam angan dalam mimpi ,
Dah hampir 3 tahun Allahyarham alongku,
Meninggalkan kami sekeluarga.
Tapi yang pastinya,
Dia akan tetap sentiasa di hati kami.
Dia abangku yang banyak melayan kerenah aku
tika aku masih di bangku sekolah,
Dulu aku mahukan sepasang kasut sukan,
Keesokanya dia akan datang membawakan aku
Sepasang kasut sukan serta biskut kegemaranku..
Nah,betapa senang nya keinginanku dipenuhinya.
Terima kasih along!
Dulu, aku juga mahukan seseorang datang melawatku di asrama,
Dan esoknya pasti along akan datang melawatku,
Terima kasih along!
Aku sepertinya baru menyedari,
yang selama ini aku telah menyusahkan along
untuk menunaikan segala keinginanku..
Dan sehingga kini, aku masih terkilan
kerana aku tak dapat untuk membalas
segala jasa seorang abang untuk adiknya.
Along, terima kasih kerana menjadi abangku.
Hanya secebis doa dapat ku kirimkan buatmu disana.

" Long, kehilanganmu tiada gantinya. "


Al-Fatihah buat alongku, Allahyarham Mohd Hafidz bt Ismail.

No comments:

Post a Comment