Sunday, June 12, 2011

Oh Mak, tulusnya hatimu.

4 hari lepas Abang ***g yang tak pernah pernah mesej aku, tiba tiba mesej aku, kot nak tanya khabar aku best la jugak kan. Ni lain pulak ceritanya, nak pinjam duit. Aku betul betul rasa berat hati nak bagi,

Aku call mak and bagitahu mak yang Abang ***g mintak duit. Mak cakap tak payah bagi, sebab abang tak berhenti lagi ambil kejadah HARAM tu. :( Sadly. Ok aku tak balas langsung mesej Abang ***g.

Esoknya, abang hantar lagi mesej suruh aku bank in kan duit terus ke account kawannya, yang juga aku kenal siapa. Aku refused to do so.
Aku buat derk je, balas mesej pun tidak.

Semalam lain pulak ceritanya, Mak sendiri yang bagi duit tu kat kawannya, kawan dia datang rumah. Cakap tak payah bagi, tapi kenapa mak bagi jugak ?

Mak, Orang bukan tak nak bagi kat abang duit, bukan tak nak tolong.
Tapi dia sendiri tak pernah nak tolong diri sendiri untuk berubah.
Orang ingat nak bagi pengajaran dekat dia.
Sampai bila mak nak suapkan dia apa yang dia nak.
Dia nak motor, mak belikan motor.

Sampaikan kawan dia perli dekat orang,
" Bos ade, apa apa mintak semua dapat, apa nak susah "
Mak tak tahu, sebab orang tak pernah cerita yang org berkawan dengan kawan abang.
Sedih org dengar bila kawan dia cakap macam tu.

Sepatutnya dia yang bagi mak duit.
Dia dah besar mak, bukan budak budak lagi.
Dia duduk sorang je kat Melaka tu, takkan tak dapat nak tampung diri sendiri ?
Orang sedih mak ! Kenapa abang tak pernah nak menyenangkan mak ?
Kenapa dia tak pernah nak berubah ?
Bila orang akan rasa ada abang semula ?

Bila Ella cakap tak payah bagi abang duit,
Mak cakap " ella tak faham ".
Makkk...buka kami tak faham, kami faham.
Mak tak sanggup tak penuhi permintaan anak anak mak,
Mak tak sanggup tengok abang tak ada duit nak makan.
tapi mak..itu pilihan dia, dia yang buat hidup dia jadi macam tu.
kalau kita tolong dia, tapi dia tak pernah nak berubah nak buat apa?
Dia senang macam tu, sebab kalau tak cukup apa apa,
Mak ada untuk bantu dia.
Mak mesti tolong dia, itu yang abang buat sekarang.

Bila kita nak bagi pengajaran dekat dia kalau kita sodokkan dia dengan kesenangan diatas kesusahan mak sendiri ?
Orang tak suka ada orang menyusahkan mak. Tolong lah faham mak. :((

Dia alongku, abangku.

Dalam sedar tak sedar,
Dalam angan dalam mimpi ,
Dah hampir 3 tahun Allahyarham alongku,
Meninggalkan kami sekeluarga.
Tapi yang pastinya,
Dia akan tetap sentiasa di hati kami.
Dia abangku yang banyak melayan kerenah aku
tika aku masih di bangku sekolah,
Dulu aku mahukan sepasang kasut sukan,
Keesokanya dia akan datang membawakan aku
Sepasang kasut sukan serta biskut kegemaranku..
Nah,betapa senang nya keinginanku dipenuhinya.
Terima kasih along!
Dulu, aku juga mahukan seseorang datang melawatku di asrama,
Dan esoknya pasti along akan datang melawatku,
Terima kasih along!
Aku sepertinya baru menyedari,
yang selama ini aku telah menyusahkan along
untuk menunaikan segala keinginanku..
Dan sehingga kini, aku masih terkilan
kerana aku tak dapat untuk membalas
segala jasa seorang abang untuk adiknya.
Along, terima kasih kerana menjadi abangku.
Hanya secebis doa dapat ku kirimkan buatmu disana.

" Long, kehilanganmu tiada gantinya. "


Al-Fatihah buat alongku, Allahyarham Mohd Hafidz bt Ismail.