Wednesday, April 15, 2009

Kenalilah dengan dekat IQRA'

" Berjuang antara azan dengan iqamat, seibarat itulah jangka umur di dunia"

Surah al-Mukminun ayat 12-14, menjelaskan yang ertinya: " Dan sesungguhnya kami jadikan manusia daripada air yang tersaring daripada tanah." "Kemudian, Kami jadikan dia setitik mani di tempat yang terpelihara. Kami jadikan mani itu sekepal darah, lantas darah itu kami jadikan seketul daging, lalu daging itu Kami jadikan tulang belulang, manakala tulang belulang itu Kami liputunya dengan daging, seterusnya Kami jadikan dia satu kejadian yang lain (sifatnya). Maha suci Allah s.w.t sebaik baik Pembikin"

Berkata terpegun pegun, berjalan layu layu, hilang bahasa, punah martabat, maruah diri terkulai sendirinya, hidup hanya menambah besar sesenduk nasi saja, menyepah dalam masyarakat. Jangan.... Sesekali-kali jangan....Jangan biarkan masa itu kosong tanpa perjuangan.

Hadis Nabi s.a.w menyatakan yang ertinya : " Berjuanglah untuk duniamu, seakan akan engkau akan hidup untuk selamanya. Dan berjuanglah untuk akhiratmu, seakan akan engkau akan mati esok pagi."

Bagi manusia, sewaktu lahir mereka disambut dengan azan, bila meninggal dunia, dihantar dengan sembahyang, antara azan dengan sembahyang, iqamat dilaungkan.

Antara azan dengan iqamat, seibarat itulah jangka umur di dunia ini.
Dan antara azan dengan iqamat itulah mati, dibaringkan dalam kubur, seterusnya menghadap Allah s.w.t untuk diadili.

Walaupun jangka masa hidup ibarat antara tempoh azan dan iqamat, pergunakanlah masa yang pendek itu untuk berjuang, membuat amal kebajikan yang berguna untuk diri sendiri dan masyarakat.

Untuk apa umur yang panjang kalau tidak dimanfaatkan sebaik baiknya. Dari mula matahari terbit hingga terbenam, habis hari berganti bulan, sehingga rambut yang hitam kian memutih, liang lahad semakin dekat tidak disedari.

Maka demikian, kita sebagai orang beriman kepada Allah s.w.t, bahawa seakan akan memegang tali berkembar dua - usah kendur tegang sebelah. Dunia akhirat diseimbangkan.

Sekiranya kedua dua tali itu putus, akan hanyutlah ke neraka. Na'uzubillahi min za lik. Di masa hidup di dunia berlengah pengah, esok di akhirat akan menjadi penyesalan. Didunia asyik membuang masa, diakhirat gila mengigau, maka gelaplah jalan ke syurga.

Mengigatkan hal yang demikian itu, wajib kita pesankan terhadap diri kita bahawa " rentangkan tali kelangit. hubung eratkan diri sengan Allah s.w.t, jalin hubungan diatas bumi, mempererat hubungan dengan manusia.

Cincang yang dua selandasan, kapal yang dua perlabuhan, terpulanglah bagi manusia menjalaninya.