Friday, May 29, 2009

Maafkan aku .

Maaf.
Aku bukan sengaja.
Cinta itu tidak pernah hadir dalam hatiku.
Aku pernah cuba untuk menyayangimu.
Tapi...
Ia tidak pernah hadir.
Cinta itu tidak boleh dipaksa.
Walau ku cuba untuk mengukir namamu dalam hatiku.
Usaha itu hanya percuma.
Maaf.
Aku tak berdaya lagi.
Aku tak mahu menyorok isi hatiku ini.
Harap dikau faham.
Setulusnya aku menyoret rangkap ini.
Aku tak mahu menyeret ketegangan ini lebih jauh.
Aku harap dengan pernyataan ini.
Kita akan menjadi lebih dewasa.
Akan tiba suatu masa nanti.
Bila dua hati benar benar sedia menerima.
Tapi bukan sekarang.
Segalanya memerlukan masa.
Cinta itu akan hadir tanpa kita sedari.
Jika tepat masa, ketika, keadaan dan siapa.
Cinta adalah luarbiasa yang tiada bandingannya.
Keperitan hari ini akan menjadi hakikat hari esok.
Dan aku tersedar.
Antara kita hanya cinta muda.
Yang terlalu awal bagi kita untuk mengungkapkannya.
Dan bila seseorang itu kerap jatuh cinta.
Ertinya dia belum berjaya mencintai diri sendiri.
Dan dia itu adalah AKU!!!

" Love is a little word,
People make it big "


Aku senang sendirian .

Biarkan aku sendiri .
Kerna ini mahu ku .

Biarkan aku sendiri .
Kerna aku ingin merasa bebas .

Biarkan aku sendiri .
Kerna aku selesa begini .

Biarkan aku sendiri .
Kerna aku belum pantas berdua .

Biarkan aku sendiri .
Kerna aku maseh bingung.

Biarkan aku sendiri .
Kerna aku masih mencari erti sebenar hidup ini.
Apa yang mahu aku kecapi ?
Dan apa yang harus aku dahulu kan?
Juga bahagia apa yang aku cari ?