Wahai Allah,
Wahai Zat Yang Maha Agung Kemuliaanya,
Dan sentiasa memiliki ketinggian,
Wahai penguasa khazanah yang tidak akan kehabisan
Dan pencipta Arash-Mu yang agung,
Wahai yang memiliki sifat yang sempurna,
Dan yang menunaikan segala permintaan,
Jika kau mengkehendaki,
Maka dengan sekelip mata pun,
Kau boleh mendatangkan taufan,
Yang mana lautan malu melihatnya,
Dan jika kau mengkehendaki seluruh makhluk ini,
Kau boleh tempatkan dalam tempat yang
Sebesar zarah dengan ucapan "Kun"
Sesuatu yang tiada dikau boleh wujudkan,
Bagi-Mu tiada suatupun pekerjaan yang susah
Ya Allah,
Wahai Allah bersihkan dan hapuskanlah,
Kekotoran zahir dan batin kami,
Dengan kesempurnaan keampunan Mu dan
Lautan kemaafan Mu Ya Allah
Kurnikanlah kami dengan pakaian zuhud dan taqwa,
Mengkhidmati makhluk dan menuruti sunnah
Dengan bersih dan nyata,
Jadikanlah maksud kehidupan kami,
Untuk meninggikan dan mengharumkan
Agama Muhammad S.A.W
Jadikanlah kami sebagai mentari ilmu,
Dan kau jadikanlah amalan amalan
Dan kebaikan kami sempurna
Yakni menjadi sumber hidayah kepada kami
Dan orang orang yang bertaqwa juga akan
Memilih jalan amalan yang soleh
Demi sinar kecemerlangan
Dan jadikanlah kami seumpama mata air
Yang mengairi Taman Islam di musin gugur
Sehingga ke Hari Kiamat
Wahai Tuhan Semesta Alam
Dalam kehidupan sesingkat ini,
Ambillah kerja kerja dari kami perkara
Yang perlu dikerjakan disini
Dan peliharakanlah kami Ya Allah dari
Perkara perkara yang tidak perlu dikerjakan disini
Bagi hari hari dalam kehidupan kami,
Yang mana kami telah laluinya,
Dengan lalai dan leka,
Jadikanlah sesuatu yang dapat mengantikan kerugiannya,
Wahai Ya Allah
Kurniakanlah kami
Dengan kecintaan terhadap iman dan
Hiaskan ia di dalam hati kami,
Campakkanlah rasa takut dalam hati kami,
Terhadap kekufuran Ya Allah,
Terhadap dosa dan terhadap durhaka
Dan jadikanlah kami orang orang
Yang memperolehi hidayah
Dan hamba hamba yang bersyukur Ya Allah
Supaya ketika waktu kami mati
Dan di dalam kubur dan di hari kiamat nanti
Kami bersuka cita dan gembira
Dan Jannatul Firdaus menjadi tempat kami
Ya Allah
Wahai Allah
Jadikanlah kami sebagai segulung ilmu dan amal
Yang mana dihadapan taufan kekufuran
Dan kesyirikan pun tidak akan dapat menundukannya
Dan ianya menjadi pukulan
Bagi menghapuskan segala bidaah
Ya Allah
Dan ambillah dari kami sebarang khidmat
Untuk membantu agama Muhammad S.A.W
Yang akan menjadi sedekah yang berterusan
Dan menjadi sumber keselamatan dihari kiamat
Ya Allah
Wahai Allah
Dan penuhilah ahli Jannatul FirdausMu
Dan tiadalah kekuatan aku mengatasi
Api nerakaMu Ya Allah
Dan berikanlah aku taufik untuk bertaubat
Dan ampunkanlah dosa dosa ku
Ya Allah
Ampunkanlah Ya Allah
Ampunkanlah Ya Allah
Kerana sesungguhnya Engkau
Maha pengampun segala dosa dosa besar
Ya Allah…Ya Allah…Ya Allah
Hasbi Rabbi Jallah
Mafiqalbi Ghairullah
Nurulmuhammad SAW
Haqullahhh la ilahaillah...
No comments:
Post a Comment